Benarkah jika dikatakan isteri lebih bijak menguruskan kewangan jika dibandingakan dengan suami? Mungkin ironinya nampak benar kerana wanita dikatakan bersifat lebih praktikal dalam soal perancangan kewangan, terutamanya melibatkan urusan rumah tangga. Atas alasan itulah kebanyakan suami lebih selesa menyerahkan urusan kewangan rumah tangga pada si isteri yang dilihat lebih peka dalam hal ini.
Bagi membantu anda para isteri merancang bajet dengan bijak, beberapa tip dibawah mungkin boleh anda manfaatkan.
1. Perancangan Bulanan
Ibarat seorang akauntan, anda adalah perancang utama dalam menguruskan segala aspek kewangan keluarga. Biarpun suami telah menyerahkan sejumlah wang untuk anda belanjakan, namun gunakanlah secara bijak. Manfaatkan wang yang anda perolehi setiap bulan itu dengan merencanakan segala aspek perbelanjaan terutamanya melibatkan pembelian baranga dapur , belanja sekolah anak dan sebagainya. Ini penting agar anda mudah merancang perbelanjaan pada bulan tersebut supaya tidak tersasaar dari tujuan sebenar.
2. Antara keperluan, kehendak dan keinginan.
Tiga perkataan yang membawa maksud berbeza. Kenalpasti antara keperluan, kehendak dan keinginan anda serta keluarga sebelum berbelanja. Kelerpuan adalah perkara yang perlu anda utamakan. Memang benarjika anda katakan pakaian itu satu keperluan. Tetapi ia akan menjadi kehendak apabila anda membeli pakaian setiap bulan dan akan menjadi keinginan jika nada membeli pakaian berjenama terkenal. Sebab itulah anda hatus bijak menentukan apa yang menjadi keperluan anda dan keluarga demi tujuan meneruskan hidup.
3. Amalkan peratusan 10 peratus
Diberi perbelanjaan dari suami tidak semestinya anda tidak boleh menyimpan. Jadilah seorang wanita yang bijak dalam soal merancang masa depan anda sendiri. Jangan nafikan hak anda sebagai isteri biarpun tugas anda hanya dirumah. Pastikan wang yang diberikan suami pada setiap bulan itu turut meragkumi wang peribadi anda sendiri. Peruntukkan 10 peratus dari wang perbelanjaan tersebut bagi tujuan simpanan. Contohnya jika suami memberi RM1000 sebagai belanja, pastikan sebanyak RM100 dimasukkan ke dalam simpanan anda.
4. Masak Sendiri dan sistem bekalan.
Berbanding daripada makan diluar, lebih menjimatkan sekiranya anda mask sendiri dirumah terutamanya bagi anda yang memiliki bilangan ahli keluarga yang ramai. Anda juga boleh mewujudkan sistem bekalan keluarga. Jangan malu untuk membawa bekalan makanan ke pejabat. Malahan anak-anak juga harus dididik untuk membawak bekal ke sekolah.
5. Elak membawa anak-anak ketika membeli-belah
Membawa anak-anak untuk membeli-belah hanya akan menambahkan lagi bajet perbelanjaan anda. Anak-anak kecil sememangnya cukup mudah terpengaruh dengan bahan mainan yang banyak dijual dipusat membeli-belah. Seeloknya, senaraikan dahulu barangan yang ingin dibeli sebelum keluar membeli belah agar anda berbelanja dengan bijak.
No comments:
Post a Comment