Padang, Bukit Tinggi Menyambut Kedatangan Kami.
Perjalanan yang lancar tidak selancar urusan kami dikauer Imegresen. Disebabkan Kecuaian kami sendiri serta tidak mahu dihantar pulang ke Kuala Lumpur, salah sorang daripada teman kami terpaksa membayar cukai sebanyak RM200 sebagai pelepasan kemasukan.
Walaupun agak cuak kerana wang saku berkurangan, lebih cuak jika terpaksa berpatah pulang ke Kuala Lumpur.
Kami disambut baik oleh Bapak Ilham dari Ilham Abadi Tour Bukit Tinggi yang begitu setia menunggu ketibaan kami seawal pagi lagi. Setelah berkenalan dan segala urusan selesai, perut masing-masing mula berkeroncong tanda minta diisi. Bapak Ilham mencadangkan kami bersarapan dahlu sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi.
Rumah Makan Lamun Ombak menjadi pilihan kami. Selain namanya yang begitu unik, kami mencuba 'Murtabak Mesir' yang begitu sinonim dengan kedai ini. Murtabaknya memang berbeza dari negara kita kerana intinya dipenuhi dengan ala-ala daging rendang dan sayuran.
Kami turut dihidangkan air yang diberi nama 'lamunan ombak' sempena kejadian tsunami. Minuman ini begitu unik sekali warna dan rasanya. Ia dicampuri dengan potongan kecil buah-buahan seperti nangka, betik, selasih dan nanas, kemudian dituangkan bersama sprite dan aiskrim berwarna-warni.
Usai Bersarapan kami meneruskan perjalanan. Permandangan disebelah laluan, terdapat lembah yang dipanggil 'Air Terjun Lembah Anai'. Persekitaran lembah ini terdiri daripada hutan tropika yang tebal dan disekelilingi rizab alam semulajadi. Disebabkan air sungainya bersih dan jernih, menjadikan para pelancong dan dan penduduk tempatan gemar datang beriadah disini setiap hujung minggu.
Lebih kurang satu jam perjalanan dari Lembah Anai, kami singgah di Muzium Rumah Keluarga Besar atau lebih dikenali dengan 'Rumah Gadang'. Ia dibina sekitar abad ke-19. Keunikan binaannya begitu mengagumkan sekali.
Rumah ini dipenuhi bilik-bilik kecil dan keutamaan diberikan kepada anak perempuan. Terdapat banyak koleksi barang lama dan potret-potret orang lama turut dipamerkan disini, Kami juga tidak melepaskan peluang memakai pakaian tradisional penganting Minangkabau di Rumah Gadang ini. Bayaran RM12 memang sungguh berpatutan sekali kerana anda akan dipersiapkan seolah-olah penganting sebenar.
Rumah Makan dan Restoran Pak Datuk di Cabang Dumai, Padang Panjang menjadi destinasi kami seterusnya. Hampir licin semua menu yang dihidangkan 'dibelasah' oleh kami, malah ada yang meminta nasi tambah.
Kami Singgah di Kedai Putri Minang - Koto Baru, Padang Panjang. Rupa-rupanya di sini, kami bukan sekadar' mencuci mata', malahan poket kami juga turut 'dicuci'. Harganya agak mahal sedikit dari toko-toko biasa. katanya kainnya lebih bermutu.
oleh kerana waktu maghribnya agak awal berbanding di Malaysia, sebaik tiba di Bukit Tinggi, Kami bergegas daftar masuk ke Hotel Grand Milando untuk menyelesaikan solat jamak asar dan zohor. Memang berbaloi dengan harga pakej yang ditawarkan.
seperti dijanjikan oleh Bakap Ilham, tepat jam tujuh malam kami bertolak untuk makan malam di Restoran Coto Makassar. Di sini kami dihidangkan dengan menu nasi putih berlaukkan ikan bakar dan sup daging.
Malam itu kami cuma dibawa menyaksikan Pertunjukan Kebudayaan Minangkabau oleh Putri Limo Jurai Group. Mungkin ini rezeki kami kerana ianya hanya diadakan pada setiap Khamis pukul 8.30 malam di Jalan Mandiangin. Pertunjukan dimulakan dengan permainan Mangga Tabuah diikuti dengan Peragaan Busana Pengantin Minangkabau, Tari Pasambahan, Tari Indang, Silek atau Silat bagi di Malaysia. Dimana penghujungnya kami dikejutkan dengan Tarian Piriang yang mana penghujungnya acaranya agak agresif.
selesai menyaksikan pertunjukan tersebut kami sepakat untuk pulang ke hotel. masing-masing sudah keletihan kerana seharian jadual yang padat. Dari sebelum berlepas ke sini sehingga masalah di Imegresen dan sebagainya. Esok hari kami bercadang mencuci mata dan mencuci duit sehabisnya.
No comments:
Post a Comment