Monday, 30 April 2012

Intro

Nama: Ahmad Ridzwan b. Mahmud
Matrik: J41440
Universiti: Universiti Putra malaysia (UPM)
Jurusan: BCOMM

PERISTIWA BUKIT KEPONG

PERISTIWA BUKIT KEPONG

Peristiwa Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa darurat selepas Perang Dunia ke-2. Dalam kejadian tersebut Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis- habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.

Bukit Kepong adalah sebuah kampung terpencil yang terletak di tebing sungai Muar, Johor yang mempunyai lebih kurang 20 buah kedai kebanyakannya kepunyaan orang Cina. Kampung ini berdekatan dengan beberapa kampung Melayu dalam jarak persekitaran 3 ke 6 kilometer melalui jalan darat. Cara yang paling mudah untuk ke Bukit Kepong ialah melalui jalan raya ke Lenga dan melalui jalan sungai ke Bukit Kepong yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Kedudukannya yang terpencil ini, menyebabkan Bukit Kepong terputus hubungan dengan dunia luar. Penduduk kampung ini adalah orang-orang yang sederhana, berani dan berdikari. Mereka banyak mencapai kejayaan dalam menentang pengganas komunis sejak bermulanya darurat. Insiden yang paling menarik bermula 18 bulan terdahulu apabila 3 orang Melayu bertembung dengan 3 orang pengganas komunis yang bersenjata.

Dengan hanya bersenjatakan pisau, mereka berjaya membunuh seorang pengganas, mencederakan dan menawan seorang lagi serta menyebabkan pengganas yang ketiga
melarikan diri. Dalam pertempuran yang lain, pengawal kampung yang terdiri daripada 40 orang polis bantuan dan beberapa kumpulan bersenjatakan parang telah diberi penghargaan `Colonial Police Medals' ke atas keperwiraan mereka.

Pasukan Polis bantuan ini bekerjasama rapat dengan pasukan polis Bukit Kepong. Tiga orang daripada mereka sedang bertugas seperti biasa semasa Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan pengganas komunis (180 orang) lebih kurang jam 5.00 pagi, 23 Februari 1950. Pertahanan balai polis dan berek kelamin serta merta didirikan untuk menghadapi serangan hebat daripada pengganas komunis yang menggunakan senjata- senjata automatik yang mengepung balai polis. Tembak-menembak berlaku dengan sengitnya, dan pihak pengganas komunis mengarahkan supaya anggota polis
menyerah diri tetapi tidak diendahkan oleh mereka. Pertempuran berterusan dan beberapa orang anggota di balai polis terbunuh, sementara di berek kelamin pula anggota -anggota polis yang tidak bertugas terus bertempur sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota marin polis turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Apabila pihak komunis memulakan pengepungan, pihak komunis percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:

1.      Kelebihan senjata dan jumlah anggota

2.      Keadaan stesen yang terpencil

Balai Polis Bukit Kepong ketika itu diketuai oleh OCPS Sarjen Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika kejadian, dia tiada di situ, kemungkinannya pekara yang diketahui oleh pihak komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 polis Melayu dan Konstabel Polis Marin di bawah Sarjen Jamil Mohd Shah. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal khas dan empat polis tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang polis kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak- anak polis tinggal di berek kelamin di sebelah belakang balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan polis marin di situ.


Serangan Komunis

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang komunis daripada Kompeni Bebas ke -4 yang menyerang dan mereka dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu dan Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepung balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 4.15 am. apabila SC Jaffar mencabar dan menembak seorang anggota komunis yang sedang memotong kawat duri.

Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap mengejutkan pihak polis tetapi kini menerima tentangan hebat, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Allahyarham Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Beberapa anggota terbunuh apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Tambahan beserta sekumpulan sukarelawan digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh pasukan pengawal belakang komunis dan beberapa orang turut terkorban. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Stern Gun turut dimusnahkan komunis.

Memandangkan kekuatan pertahanan balai polis, komunis mula menggunakan taktik kotor. Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Miriam Ibrahim, isteri kepada konstebel Mohamad Jaafar. Pihak komunis memaksa Miriam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka
yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Miriam dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga mati setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek pegawai dan stesen polis. Dua wanita dan anak- anak mereka terbakar hangus dalam berek pasangan kawin. Pada ketika itu hanya 3 orang polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari stesen yang terbakar dan menyerbu kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Hanya seorang sahaja berjaya menyeberangi sungai dengan rifle masih di tangannya.Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya mengalahkan polis dan membakar stesen itu. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan.

Kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

14 anggota polis, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (dalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh

Rencana: Mengawal Kolesterol Secara Semulajadi.


Penyakit jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Keadaan itu dikatakan berkait rapat dengan beberapa faktor seperti keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang.
Bagi mengatasi kebimbangan seseorang berhubung risiko menghidap penyakit jantung dan strok, kajian terkini membuktikan sumber semula jadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan.
Kajian itu juga menunjukkan, ada empat produk berasaskan sumber semula jadi yang kini berada di pasaran mampu mengurangkan tahap kolesterol secara sihat dan efektif, tanpa kesan sampingan. Empat bahan itu adalah sterol tumbuhan (plant sterols), bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.
Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols atau Stanols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Malah, pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.
Oat pula bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta glukan’ yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya.
Kandungan serat, karbohidrat kompleks dan protein yang tinggi itu turut membantu menstabilkan kadar glukos dalam darah.
Minyak ikan Omega 3 atau produk Omega 3 Fish Oil Powder pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisma normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan.
Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi.
Selain itu, Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari.
Psyllium Husk pula secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit, sindrom sakit perut serta meningkatkan kemampuan dan mengekalkan otot usus.
Pada masa sama, penggunaannya mampu untuk menurunkan tahap kolesterol, mengawal diabetes dan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Hasil kajian dijalankan The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan produk itu jika digunakan bersama bahan makanan, berkesan untuk mengurangkan glukosa dalam darah.

BAUCER BUKU 1 MALAYSIA DAN KOMEN



KOMEN


Baucer buku 1Malaysia tidak berkesan melainkan ianya dipanjangkan tempoh sehingga ke satu tarikh yang munasabah. Ini, katanya kerana baucer buku dikeluarkan saat para pelajar menghadapi pepepriksaan akhir dan selepas peperiksaan mereka akan bercuti panjang sedangkan tempoh sah baucer pula akan tamat pada 31 Mac depan. Baucer itu juga, katanya tidak boleh dijual beli dan hanya dibenar untuk menukarnya dengan buku pada nilai RM200 sahaja.

Justeru, ujarnya baucer itu seeloknya diberikan di awal pembukaan semester untuk sesi baru pengajian kerana waktu itulah mereka memerlukan buku.Begitu juga jika diberikan pada permulaan pengajian matrikulasi atau sewaktu Pesta Buku Antarabangsa pada bulan April.

Baucer tidak menepati masa yang sesuai dan inilah menyebabkan sebahagian pihak menjual baucer tersebut untuk mendapatkan wang tunai. Ini, ujarnya kerana keperluan mereka buat masa ini bukan buku disebabkan peperiksaan akhir telah berlangsung dan mereka akan bercuti ada juga yang bakal menamatkan pengajian mereka. 

Ada juga isu kebanyakkan kedai buku menerima baucer terbabit dan boleh ditukarkan dengan semua barangan yang berada dikedai tersebut. ini bermasuklah majalah, akhbar, gajet elektronik dan sebagainya. tetapi ada maklumat yang diperolehi menyatakan sebaliknya. terma nya hanya kepada penukaran buku dan alat tulis sahaja. seperti yang dinyatakan di blog ini, http://www.omar.my/2012/01/baucar-buku-1malaysia/.


Tetapi rata-rata menyatakan penghargaan atas sumbangan baucer ini kepada pelajar-pelajar. Dengan ini dapat meringankan beban untuk membeli bahan rujukan. Walaupun segelintirnya telah menyalahgunakan baucer tersebut dengan menjualnya, tetapi secara amnya ianya amat diterima umum. Dengan peruntukan RM260 juta yang mensasarkan 1.3 juta pelajar pengajian tinggi seluruh Malaysia, ianya mencapai matlamat.




GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)
1.      PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.

2.      OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

3.      KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
a)      Warganegara Malaysia;
b)      Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c)      Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d)      Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e)      Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f)       Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g)      Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h)      Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).

4.      TEMPOH PELAKSANAAN
Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 30 April 2012.

5.      KADAR BB1M  
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.

6.      TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a)      Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b)      Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c)      Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d)      Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis.Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e)      Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f)       Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g)      Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h)      Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7.      PENUTUP
a)      Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;
b)      Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan pemantauan dan pengauditan;
c)      Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan inisiatif ini bolehlah menghubungi pelaksana masing-masing.











Petua/Tip Mengemudi Kewangan Rumah Tangga

Benarkah jika dikatakan isteri lebih bijak menguruskan kewangan jika dibandingakan dengan suami? Mungkin ironinya nampak benar kerana wanita dikatakan bersifat lebih praktikal dalam soal perancangan kewangan, terutamanya melibatkan urusan rumah tangga. Atas alasan itulah kebanyakan suami lebih selesa menyerahkan urusan kewangan rumah tangga  pada si isteri yang dilihat lebih peka dalam hal ini.

Bagi membantu anda para isteri merancang bajet dengan bijak, beberapa tip dibawah mungkin boleh anda manfaatkan.

1. Perancangan Bulanan

Ibarat seorang akauntan, anda adalah perancang utama dalam menguruskan segala aspek kewangan keluarga. Biarpun suami telah menyerahkan sejumlah wang untuk anda belanjakan, namun gunakanlah secara bijak. Manfaatkan wang yang anda perolehi setiap bulan itu dengan merencanakan segala aspek perbelanjaan terutamanya melibatkan pembelian baranga dapur , belanja sekolah anak dan sebagainya. Ini penting agar anda mudah merancang perbelanjaan pada bulan tersebut supaya tidak tersasaar dari tujuan sebenar.

2. Antara keperluan, kehendak dan keinginan.

Tiga perkataan yang membawa maksud berbeza. Kenalpasti antara keperluan, kehendak dan keinginan anda serta keluarga sebelum berbelanja. Kelerpuan adalah perkara yang perlu anda utamakan. Memang benarjika anda katakan pakaian itu satu keperluan. Tetapi ia akan menjadi kehendak apabila anda membeli pakaian setiap bulan dan akan menjadi keinginan jika nada membeli pakaian berjenama terkenal. Sebab itulah anda hatus bijak menentukan apa yang menjadi keperluan anda dan keluarga demi tujuan meneruskan hidup.

3. Amalkan peratusan 10 peratus

Diberi perbelanjaan dari suami tidak semestinya anda tidak boleh menyimpan. Jadilah seorang wanita yang bijak dalam soal merancang masa depan anda sendiri. Jangan nafikan hak anda sebagai isteri biarpun tugas anda hanya dirumah. Pastikan wang yang diberikan suami pada setiap bulan itu turut meragkumi wang peribadi anda sendiri. Peruntukkan 10 peratus dari wang perbelanjaan tersebut bagi tujuan simpanan. Contohnya jika suami memberi RM1000 sebagai belanja, pastikan sebanyak RM100 dimasukkan ke dalam simpanan anda. 

4. Masak Sendiri dan sistem bekalan.

Berbanding daripada makan diluar, lebih menjimatkan sekiranya anda mask sendiri dirumah terutamanya bagi anda yang memiliki bilangan ahli keluarga yang ramai. Anda juga boleh mewujudkan sistem bekalan keluarga. Jangan malu untuk membawa bekalan makanan ke pejabat. Malahan anak-anak juga harus dididik untuk membawak bekal ke sekolah.

5. Elak membawa anak-anak ketika membeli-belah

Membawa anak-anak untuk membeli-belah hanya akan menambahkan lagi bajet perbelanjaan anda. Anak-anak kecil sememangnya cukup mudah terpengaruh dengan bahan mainan yang banyak dijual dipusat membeli-belah. Seeloknya, senaraikan dahulu barangan yang ingin dibeli sebelum keluar membeli belah agar anda berbelanja dengan bijak.


Sunday, 29 April 2012

Perjalanan ke Padang, Bukit Tinggi

Padang, Bukit Tinggi Menyambut Kedatangan Kami.

Perjalanan yang lancar tidak selancar urusan kami dikauer Imegresen. Disebabkan Kecuaian kami sendiri serta tidak mahu dihantar pulang ke Kuala Lumpur, salah sorang daripada teman kami terpaksa membayar cukai sebanyak RM200 sebagai pelepasan kemasukan.

Walaupun agak cuak kerana wang saku berkurangan, lebih cuak jika terpaksa berpatah pulang ke Kuala Lumpur.

Kami disambut baik oleh Bapak Ilham dari Ilham Abadi Tour Bukit Tinggi yang begitu setia menunggu ketibaan kami seawal pagi lagi. Setelah berkenalan dan segala urusan selesai, perut masing-masing mula berkeroncong tanda minta diisi. Bapak Ilham mencadangkan kami bersarapan dahlu sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi. 

Rumah Makan Lamun Ombak menjadi pilihan kami. Selain namanya yang begitu unik, kami mencuba 'Murtabak Mesir' yang begitu sinonim dengan kedai ini. Murtabaknya memang berbeza dari negara kita kerana intinya dipenuhi dengan ala-ala daging rendang dan sayuran.

Kami turut dihidangkan air yang diberi nama 'lamunan ombak' sempena kejadian tsunami. Minuman ini begitu unik sekali warna dan rasanya. Ia dicampuri dengan potongan kecil buah-buahan seperti nangka, betik, selasih dan nanas, kemudian dituangkan bersama sprite dan aiskrim berwarna-warni.

Usai Bersarapan kami meneruskan perjalanan. Permandangan disebelah laluan, terdapat lembah yang dipanggil 'Air Terjun Lembah Anai'. Persekitaran lembah ini terdiri daripada hutan tropika yang tebal dan disekelilingi rizab alam semulajadi. Disebabkan air sungainya bersih dan jernih, menjadikan para pelancong dan dan penduduk tempatan gemar datang beriadah disini setiap hujung minggu.

Lebih kurang satu jam perjalanan dari Lembah Anai, kami singgah di Muzium Rumah Keluarga Besar atau lebih dikenali dengan 'Rumah Gadang'. Ia dibina sekitar abad ke-19. Keunikan binaannya begitu mengagumkan sekali.

Rumah ini dipenuhi bilik-bilik kecil dan keutamaan diberikan kepada anak perempuan. Terdapat banyak koleksi barang lama dan potret-potret orang lama turut dipamerkan disini, Kami juga tidak melepaskan peluang memakai pakaian tradisional penganting Minangkabau di Rumah Gadang ini. Bayaran RM12 memang sungguh berpatutan sekali kerana anda akan dipersiapkan seolah-olah penganting sebenar. 

Rumah Makan dan Restoran Pak Datuk di Cabang Dumai, Padang Panjang menjadi destinasi kami seterusnya. Hampir licin semua menu yang dihidangkan 'dibelasah' oleh kami, malah ada yang meminta nasi tambah.

Kami Singgah di Kedai Putri Minang - Koto Baru, Padang Panjang. Rupa-rupanya di sini, kami bukan sekadar' mencuci mata', malahan poket kami juga turut 'dicuci'. Harganya agak mahal sedikit dari toko-toko  biasa. katanya kainnya lebih bermutu. 

oleh kerana waktu maghribnya agak awal berbanding di Malaysia, sebaik tiba di Bukit Tinggi, Kami bergegas daftar masuk ke Hotel Grand Milando untuk menyelesaikan solat jamak asar dan zohor. Memang berbaloi dengan harga pakej yang ditawarkan. 

seperti dijanjikan oleh Bakap Ilham, tepat jam tujuh malam kami bertolak untuk makan malam di Restoran Coto Makassar. Di sini kami dihidangkan dengan menu nasi putih berlaukkan ikan bakar dan sup daging. 

Malam itu kami cuma dibawa menyaksikan Pertunjukan Kebudayaan Minangkabau oleh Putri Limo Jurai Group. Mungkin ini rezeki kami kerana ianya hanya diadakan pada setiap Khamis pukul 8.30 malam di Jalan Mandiangin. Pertunjukan dimulakan dengan permainan Mangga Tabuah diikuti dengan Peragaan Busana Pengantin Minangkabau, Tari Pasambahan, Tari Indang, Silek atau Silat bagi di Malaysia. Dimana penghujungnya kami dikejutkan dengan Tarian Piriang yang mana penghujungnya acaranya agak agresif. 

selesai menyaksikan pertunjukan tersebut kami sepakat untuk pulang ke hotel. masing-masing sudah keletihan kerana seharian jadual yang padat. Dari sebelum berlepas ke sini sehingga masalah di Imegresen dan sebagainya. Esok hari kami bercadang mencuci mata dan mencuci duit sehabisnya.